Dear All,
seperti yang dijanjikan tempohari di sini dilampirkan resepi kambing masak kuzi untuk semua peminat2.
bahan A
1kg daging kambing dibasuh bersih dan diperap bersama bawang merah, bawang putih dan halia kisar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
bahan B
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawah
Bahan B hendaklah digoreng dan dikisar
bahan C
3 sudu rempah beriyani
50gm cili kering direndam & dikisar
1 sudu lada sulah
1 tin susu cair
1 boyol kecil sos tomato, garam dan gula
Hiasan
Kismis
1 biji tomato dipotong 4
1 biji bawang besar dipotong 4
daun ketumbar dihiris kasar
Cara memasak
Panaskan minyak dan letakkan 3 sudu besar minyak sapi. Masukkan perapan daging, kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng hingga bau wangi. selepas itu masukkan bahan B dan kacau rata. Masukkan bahan C sehingga mendidih dan biarkan hingga daging empuk .
Sesudah itu masukkan bahan hiasan. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidang!!!!
Tip:- masakan ni rasanya sedikit masam dan manis. Kalau tak dapat tu kenale call kami. Sedap di makan bersama nasi dan roti. Enjoy!!!!!
Andaks
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masakan kegemaran saya. dah lama tak pekena kuzi kambing, terasa seperti mengidam lak.. blogsyarih.com
ReplyDeleteterbaikkk
ReplyDelete5 ulas bawah...bawah tu apa?
ReplyDelete