Tuesday, March 24, 2009

Terimasih Surau Al Wardah

Salam,

Sekali lagi kami diberi kepercayaan dari pihak Surau Al Wardah untuk menjayakan program bagi sambutan Maulidurrasul peringkat Darul Fawwaz. Acara diadakan di Surau Al Wardah Keramat AU3 dan menunya kali ini adalah Nasi Ayam Istimewa Dapur Mak Andak.

Seronok sugguh kami melihat anak2 Darul Fawwaz menunjukkan kehebatan masing2 dari selawat keatas nabi, bacaan quran dan nyanyian nasyid mereka. Setelah selesai majliis, apa lagi anak2 memanglah lapar dan dahaga sebab dah letih mengerjakan ibadah ; terus mereka menjamu selera dan seperti biasa hidangan semua licin....

Terimakasih kami ucapkan kepada AJK Surau Al Wardah kerana memberi kepercayaan kepada Mak Andak. Letih tu memang terasa tapi semuanya hilang apabila melihat anak2 dan mak ayah amat berpuas hati dengan masakan kami. Semoga majlis tersebut diberkati Allah dan mendapat keredaannya. Insyallah.

kalau ada yang berminat nak mengadakan keraiaan hubungilah kami ditalian 0127118457 atau email kami di dapurmakandak@gmail.com. Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment